Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim Islam (BEDAYA) Daerah Kulim dan Bandar Baharu.
No. 3, Jalan Bukit, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
No.Pendaftaran: 989/91 Kedah    Tel: 04-490 2816    Faks: 04-495 7157    E-Mel: admin_at_bedaya.org.my

Laman Web ini akan dikemas-kini
pada awal tahun 2011.
Laman Utama
Maklum Balas
Carian
Demonstrasi F1  Ke belakang
Naik
Ke hadapan

Aktiviti/Jadual Harian Lawatan ke Johor Beraya d. Sultn Kedah Demonstrasi F1 Pengawas&Mtor-Mntee Motivasi 2 - Sik Mesyt. Agung ke 11 Majlis Anugerah 2003 Motivasi 3 - BEDAYA Bersama MPT. Bainun Mesyt.Agung ke 12 Kenang Jasa 2005 Kemasukan 2005 Telok Senangin Mentor Mentee 2005 Kelas Iqra B.Perda New Page 1

Pada 15/03/2003, seramai 40 orang penghuni BEDAYA telah dibawa ke Alor Star untuk menyaksikan demontrasi Formula 1 yang diadakan di dataran stadium Alor Star. Penghuni yang dibawa ke sana adalah penghuni yang terpilih sahaja. Kami ke sana  dengan menaiki bas sekolah yang telah di taja oleh syarikat Petronas. Kami mula bertolak ke sana pada pukul 9.00 pagi dari perkarangan rumah BEDAYA dan tiba di sana pada pukul 1.00 tengahari. Apabila tiba disana kami disambut dan diberi pakaian khas yang ditaja oleh syarikat Petronas.

Sebelum kami dibawa masuk, kami diberi penerangan tentang syarikat Petronas yang telah menganjurkan demontrasi tersebut. Selepas itu kami dibawa ke kawasan demontrasi untuk menyaksikan persembahan. Demontrasi yang dilancarkan itu telah dirasmikan oleh Sultan Kedah. Sebaik sahaja demontrasi itu dilancarkan semua pemandu bagi pasukan Petronas telah dibawa mengelilingi litar untuk disaksikan sendiri oleh para penonton. Demontrasi dimulakan dengan pertunjukan oleh dua orang penunggang motorsikal yang menuggang motorsikal TZM  berkuasa tinggi. Kemudian diikuti oleh pemandu kereta lasak iaitu Karamjit Singh.

Sebaik sahaja selesai pertunjukan dari Karamjit Singh, pertunjukan yang ditunggu-tunggu oleh para penonton iaitu pertunjukan kereta F1. Sebuah kereta F1 yang dipandu oleh Heinz Herald Frentzen mula memasuki litar untuk membuat demontrasi. Sebelum menamatkan pertunjukan, pasukan Sauber Petronas membuat demontrasi menukar tayar dan mengisi minyak yang mengambil masa selama lapan saat di hadapan khemah Sultan Kedah. Sebaik sahaja selesai demontrasi F1, diadakan pula petunjukkan payung terjun oleh penerjun-penerjun terlatih dan berpengalaman dari ketinggian 3000kaki. Penerjun-penerjun itu mendarat di hadapan khemah Sultan Kedah dan naik ke pentas untuk mengankat sembah di hadapan Sultan Kedah.

Sebaik sahaja selesai semua acara, semua penonton dibenar melihat kereta F1 secara lebih dekat dan mengambil tandatangan pemandu F1. Majlis itu pun bersurai  dan  diakhiri dengan  sesi mengambil gambar  bersama semua anak-anak yatim yang hadir pada majlis itu. Semua anak-anak yatim BEDAYA berkumpul dan menaiki bas. Kami mula bertolak pada pukul 4.00 petang dan tiba di BEDAYA pada pukul 7.00 malam.   

 

Laporan oleh Rais Bin Mat Isa dan Zul Izzuan Bin Idris.

 
Untuk sebarang pertanyaan atau pandangan berkenaan laman web kami, sila hubungi webmaster@bedaya.org.my.
Hak cipta terpelihara (Copyright)  2003 Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim Islam Daerah Kulim dan Bandar Baharu (BEDAYA).
Rekacipta oleh (Design by) Code Village Enterprise (PG 0023410-D), Junjong.
Gubahan terakhir: December 13, 2010