Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim Islam (BEDAYA) Daerah Kulim dan Bandar Baharu.
No. 3, Jalan Bukit, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
No.Pendaftaran: 989/91 Kedah    Tel: 04-490 2816    Faks: 04-495 7157    E-Mel: admin_at_bedaya.org.my

Laman Web ini akan dikemas-kini
pada awal tahun 2011.
Laman Utama
Maklum Balas
Carian
Anugerah 2004  Naik
Ke hadapan

Anugerah 2004 Galeri

Sempena Mesyuarat Agung yang ke-12 tersebut, tiga anugerah istimewa telah disampaikan seperti berikut:-

1. Anugerah Kecemerlangan Akademik      - Abu Hanifah bin Anuar

2. Anugerah Peningkatan Akademik Terbaik   - Mohd. Ridzuan bin Darus

3. Anugerah Keterampilan Terbaik           - Mohd. Ridzwan bin Mat Saad


Abu Hanifah bin Anuar - Anugerah Kecemerlangan Akademik

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Itulah falsafah yang mengiringi anak kelahiran Permatang Simpor yang kini menetap di Kg. Parit Teropong, Parit Nibong, Bandar Baharu, Kedah.

Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1990 dan merupakan anak yang ke 2 daripada 5 orang adik beradik.

Bermula dengan pendidikan awal di SK Long Jaafar, beliau telah menunjukkan prestasi yang baik terutama dalam bidang akademik. Di atas usaha gigih dan ketekunan belajar beliau telah mendapat lonjakkan kelas dari Tahun 3 ke Tahun 5. Sekarang beliau sedang menuntut di  SMK Taman Kenari dalam Tingkatan 3. Di sekolah menengah beliau masih mampu mempertahankan prestasi akademik yang baik.

Di samping memberi tumpuan yang penuh terhadap pelajaran, beliau juga mengambil berat terhadap aktiviti yang dijalankan di sekolah dan juga di BEDAYA. Beliau mewakili Kedah di SUKMA 2004 dalam permainan Ping Pong. Beliau juga merupakan ahli Kelab Hoki, Kadet Pertahanan Awam dan Bendahari Perpustakaan BEDAYA.

Abu Hanifah sepatutnya dijadikan model dan ikutan oleh penghuni BEDAYA yang lain. Marilah sama-sama kita mendoakan agar cita-cita beliau untuk menjadi seorang doktor akan tercapai. Insyallah.


Mohd. Ridzuan bin Darus - Anugerah Peningkatan Akademik Terbaik

Penerima anugerah "Peningkatan Akademik Terbaik" telah dilahirkan pada 8 Jun 1989 di Hospital Butterworth. Beliau merupakan anak bongsu dari 7 orang adik beradik.

Walaupun beliau merupakan anak yatim piatu tetapi beliau mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PMR tahun 2004. Beliau sentiasa berusaha meningkatkan diri terutama dalam bidang akademik dengan berbekalkan motto hidup "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan."

Kita berharap agar beliau akan terus berusaha sehingga harapan dan impian beliau untuk meneruskan pengajian ke menara gading akan tercapai. Insyallah.


Mohd. Ridzwan bin Mat Saad - Anugerah Keterampilan Terbaik

Beliau telah dilahirkan pada 16 April 1987 di Sungai Seluang, Kedah, dan merupakan anak bongsu dari 4 orang adik beradik.

Seorang yang sentiasa mengambil berat tentang penampilan diri - sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Beliau merupakan seorang yang boleh dicontohi dalam aspek kebersihan diri, ketekunan dalam bidang pembelajaran, serta mempunyai sikap yang disenangi oleh semua lapisan penghuni BEDAYA.

Bakat kepimpinan beliau terserlah dengan penglibatan beliau sebagai Setiausaha Pengawas Perpustakaan SMK Teknik. Beliau juga telah dipilih untuk mewakili sekolah dan BEDAYA dalam pertandingan berpidato. Beliau bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2004.

Mohd. Ridzwan juga merupakan seorang yang aktif dalam Kelab Bimbingan dan Kaunseling, dan dilantik sebagai Ketua Kumpulan Tutorial BEDAYA. Sebagai ketua beliau merupakan seorang yang gigih dan tekun, dan berupaya memikul tanggungjawab dengan baik. Kita berdoa agar impian beliau untuk menjadi seorang doktor akan tercapai. Insyallah.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau pandangan berkenaan laman web kami, sila hubungi webmaster@bedaya.org.my.
Hak cipta terpelihara (Copyright)  2003 Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim Islam Daerah Kulim dan Bandar Baharu (BEDAYA).
Rekacipta oleh (Design by) Code Village Enterprise (PG 0023410-D), Junjong.
Gubahan terakhir: December 13, 2010