Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim Islam (BEDAYA) Daerah Kulim dan Bandar Baharu.
No. 3, Jalan Bukit, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
No.Pendaftaran: 989/91 Kedah    Tel: 04-490 2816    Faks: 04-495 7157    E-Mel: admin_at_bedaya.org.my

Laman Web ini akan dikemas-kini
pada awal tahun 2011.
Laman Utama
Maklum Balas
Carian
Telok Senangin  Ke belakang
Naik
Ke hadapan

Aktiviti/Jadual Harian Lawatan ke Johor Beraya d. Sultn Kedah Demonstrasi F1 Pengawas&Mtor-Mntee Motivasi 2 - Sik Mesyt. Agung ke 11 Majlis Anugerah 2003 Motivasi 3 - BEDAYA Bersama MPT. Bainun Mesyt.Agung ke 12 Kenang Jasa 2005 Kemasukan 2005 Telok Senangin Mentor Mentee 2005 Kelas Iqra B.Perda New Page 1

Galeri

Sebagai satu aktiviti di musim cuti sekolah penggal pertama, Biro Pendidikan telah menganjurkan satu lawatan ke Kem Tok Sakah di Telok Senangin dari 15 hingga 16 Mac, 2005.

Jumlah peserta program tersebut ialah seramai 68 orang yang terdiri daripada 46 orang penghuni dari BEDAYA dan 22 orang penghuni dari Yayasan Penyayang, Chemor.

Empat aktiviti utama, iaitu Pengamatan Deria, Senam Pagi, Kayak, dan "Flying Fox" telah dirancang dan diselia oleh lima orang jurulatih dari Maktab Perguruan Tuanku Bainun.

Pihak BEDAYA dan Yayasan Penyayang Chemor ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan Kem Tok Sakah, Telok Senangin, kerana dapat memberi tempat tinggal, makan minum dan beberapa aktiviti yang memuaskan pada kadar yang rendah. Dan juga kepada pihak jurulatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun kerana telah bertungkus lumus menyediakan dan menjalankan aktiviti-aktiviti menarik dan berfaedah secara percuma kepada anak-anak yatim kedua-dua buah rumah.

Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi semua pihak yang telah berusaha menyinarkan keriangan ke dalam hati penghuni kedua-dua buah rumah anak yatim.

Sila layari galeri untuk melihat aktiviti-aktiviti sekitar lawatan kami ke Kem Tok Sakah, Telok Senangin.

Untuk sebarang pertanyaan atau pandangan berkenaan laman web kami, sila hubungi webmaster@bedaya.org.my.
Hak cipta terpelihara (Copyright)  2003 Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim Islam Daerah Kulim dan Bandar Baharu (BEDAYA).
Rekacipta oleh (Design by) Code Village Enterprise (PG 0023410-D), Junjong.
Gubahan terakhir: December 13, 2010